Monday 19 January 2015

suara kecil hati

assalammualaikum

harini nak berkongsi buah pendapat tetapi lebih kepada kecelaruan minda, masalah dalaman,

haha.

post ni bertujuan untuk menegur diri sendiri. tetapi sebab kalau x bertulis kata orang x nampak, x dapat nak fahami atau menghayati, lalu saya coretkan di blog memandangkan saya tidak mempunyai diari.

fuhhh.. bismillah.

hmm. kadang kadang atau selalu la  diri ni rasa malu nak mengaku dulu bersekolah agama.
bukan sebab rasa sekolah agama kolot ke apa, tidak sama sekali, tetapi orang macam memandang tinggi ( high expectation) terhadap lulusan sekolah agama yang seringkali diri ni terasa tidak layak sama sekali untuk digelar sedemikian.
 terasa la dulu belajar disitu semata belajar kerana ibu bapa, atau sebab dah dapat tawaran atau lebih tepat sekali belajar kerana peperiksaan.
rasa menyesal dan kalaulah masa boleh diulang, nak belajar sambil menghayati apa yang dipelajari, malah akan diamalkan apa yang diajar disitu.

dulu kerapkali memandang subjek PQS dan PSI dengan sebelah mata dan hafal semata tanpa menghayati dan mengamalkan apa intipatinya.rugi, sungguh rugi.

sungguh, terasa sangat diri ni begitu rendah jika dibandingkan dengan mereka yang mungkin bagi mereka sekolah mereka biasa sahaja tapi mashaALLAH amalan mereka yang dipenuhi dengan amalan sunnah dan zikir zikir seharian , bagaimana mereka dapat mengistiqamahkan diri mereka disamping menahan nafsu mereka sangat memalukan diri ini.

sangat insaf diri ini bila melihat mereka, sangat malu pada diri ini yang dilihat zahirnya sebagai lulusan sekolah agama namun hakikatnya amalan biasa sahaja. yang wajib pon ditangguhkan apatah lagi yang sunnah, untuk mengistiqamahkan diri ini begitu payah skali.

jadi post kali ini ditulis bersama azam baru, yang diharap dapat membantu memotivasikan diri dan membantu supaya sentiasa istiqamah di jalan Allah.

suka saya ingatkan terutama kepada diri sendiri dimana yang penting semuanya bermula kepada diri kita. jika diri ini yang berusaha menjaga amalan dan sedar akan diri ini sebagai hamba Allah, inshaAllah akan dapat terus berjuang di jalan Allah.

mungkin kita boleh mulakan dengan menyenaraikan amalan yang mungkin boleh ditambah dalamn kehidupan seharian, buat secara sedikit2 dahulu, secara berperingkat. buat list untuk dituruti selama sebulan , kemudian jika yakin boleh istiqamah, akan ditambah lagi list itu, inshaAllah, moga berkekalan sehingga akhir hayat,

la haula wala kuwatta illa billah. wallhualam.

No comments:

Post a Comment